Ticker

6/recent/ticker-posts

"Kesian adik aku ni kena game, permainan demi permainan" - Nazia Mustafar Pertikai Permohonan Maaf Terhadap Intan Liana?

 


Hari ini menerusi rancangan Melodi, pelakon Izreen Azminda dilihat telah membuat permohonan maaf secara bersemuka dengan Intan Saleh.


Namun Intan Saleh dilihat bagaikan masih ada 'memendam' sesuatu di hati menerusi perkongsian dibuat di Instagramnya, semalam.


Pada luahan coretan itu, Intan atau nama sebenar, Intan Liana Saleh menulis dengan menggambarkan niat itu umpama surat dan tidak boleh salah alamat jika nak dikirimkan.


"Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempat. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan. Jadi, betulkan niat (berserta emoji hati berwarna hijau).


"Selagi tak ada rasa bahagia. Selagi ada kesulitan. Mana mungkin akan melupakan. 


"Lihat pada situasinya, jika ikhlas hanya Allah, aku dan dia (berserta emoji hati warna berhijau)," tulisn


Dalam hantaran di instagram tersebut dapat dilihat komen dari pelakon Nazia Mustafar yang menulis komen seolah-olah adiknya itu telah kena 'game'.


Nazia menulis: “Kesian adik aku ni kena game. Permainan demi permainan @ritrud727 (merujuk kepada Instagram Rita Rudaini).


“Nampaklah konon-konon baik nak minta maaf, orang akan kata pulak kau yang tak nak maafkan dik. Tapi orang tak tahu apa jadi selama ni,” tulisnya.


Menerusi komen tersebut, ramai yang bertanya, apa kaitan Rita Rudaini dengan permohonan m4af yang dinyatakan oleh Nazia.


Ada juga yang mengaitkan komen Nazia dengan kehadiran Intan di program Melodi Raya yang baru disiarkan sebentar tadi.


Untuk makluman, Intan merupakan adik kepada Nazia Mustafar, sebelum ini dikenali sebagai Nadia Mustafar. Dan Rita Rudaini merupakan teman baik Nazia. Sebelum ini pernah mendapatkan bantuan dari Rita mengenai proses turun naik mahk4mah untuk kes adiknya bercer4i dengan Ude, suami kepada Izreen sekarang,


Sumber: Oijom

Post a Comment

0 Comments