Ticker

6/recent/ticker-posts

"Ingatkan dah boleh beraya macam tahun lepas" - dua pemilik rumah dikenakan kompaun RM20,000

 


“Kami ingat boleh ziarah,” itu antara alasan yang diberikan beberapa individu dalam Op Khas Pemantauan Ziarah Aidilfitri di Kampung Kenanga dan Rawang Perdana pada Jumaat.


Bagaimanapun alasan tersebut tidak diterima memandangkan prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri telah beberapa kali diumumkan oleh kerajaan serta pihak berkuasa.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, seramai 10 individu termasuk dua pemilik rumah dikenakan kompaun RM20,000 dalam Op Khas Pemantauan Ziarah Aidilfitri ini.


“Ada mereka yang berikan alasan keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri kerana menyangka aktiviti ziarah dibenarkan seperti tahun lepas.


“Sebanyak tiga kompaun berjumlah RM2,000 dikeluarkan kepada pemilik rumah dan dua tetamu dan pada masa sama polis turut dapat kesan sebuah lagi rumah di Rawang Perdana yang terima kunjungan tetamu, seramai tujuh orang dari pelbagai kawasan dan kompaun dikeluarkan terhadap mereka.


“Polis keluarkan kompaun hanya kepada ketua keluarga walaupun kalau nak diikutkan ada ramai dalam kedua rumah tersebut termasuk kanak-kanak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Op Khas Pemantauan Ziarah Aidilfitri di Kampung Kenanga dan Rawang Perdana pada Jumaat.


Kata beliau, pemantauan pihaknya turut dijalankan di kawasan perkuburan.


“Berdasarkan pemantauan dijalankan, pematuhan SOP dalam keadaan baik dan masyarakat mematuhi peraturan yang ditetapkan. Operasi ini kita jalankan bermula pada jam 2.30 petang hingga 6 petang,” katanya.


Sumber : Sinarharian

Post a Comment

0 Comments