Ticker

6/recent/ticker-posts

Neelofa Bantu 11 Keluarga Terjejas Akibat lnsiden Ietupan Kereta

 


Neelofa seperti yang kita sedia maklum adalah seorang selebriti yang cukup cakna dan prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. baru-baru ini Neelofa telah menghulurkan sumbangan wang tunai kepada 11 keluarga di flat Kampung Sireh yang terkesan dengan insi.den letopan kereta.


Sumbangan tersebut disalurkan melalui Pertubuhan Kasih Neelofa. Menurut Neelofa, dia mendapat berita mengejutkan itu daripada saudaranya yang tinggal berdekatan lokasi kejadian.


Pengerusinya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia mendapat berita yang mengejutkan itu melalui kumpulan WhatsApp keluarga yang secara kebetulannya tragedi itu berlaku berhampiran dengan rumah saudaranya.


Katanya, berdasarkan gambar dan video yang diterima ia jelas menunjukkan keadaan yang berlaku agak ter.uk dan dalam masa sama, dia turut menghubungi imam masjid untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kerosakan yang berlaku.


"Let0.pan yang berlaku itu turut menyebabkan cermin masjid yang berdekatan pe.cah dan ketika kejadian terdapat empat mang.sa lain yang terbabit.


"Terkesan dengan in.siden yang berlaku ini, saya melalui Pertubuhan Kasih Neelofa segera merangka pelan bantuan kece.masan untuk disalurkan kepada man.gsa yang terbabit bagi meringankan beban yang ditanggung," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Mengulas lanjut, selebriti itu berkata, Pertubuhan Kasih Neelofa didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sejak Jun tahun lalu yang bertujuan bagi menjalankan kerja serta aktiviti kebajikan untuk kepentingan masyarakat.


"Secara umumnya, pertubuhan ini memfokuskan kepada semua lapisan dan golongan masyarakat, bagaimanapun tumpuan lebih diberikan kepada golongan asnaf, ibu tunggal, orang kurang upaya dan anak yatim piatu.


"Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, kami sudah berjaya menyantuni ramai insan terpilih ini di seluruh negara bagi meringankan beban yang ditanggung.


"Dalam masa sama, kami juga bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) lain dalam usaha untuk menyantuni golongan tercicir ini sekali gus mendapat akses lebih luas yang selama ini mungkin diabaikan atau terlepas pandang," katanya.

SUMBER :  HARIAN METRO

Post a Comment

0 Comments