Ticker

6/recent/ticker-posts

Netizen teruja lihat video Fattah Amin solat, dapat lebih 238,000 tontonan dalam sehari

 



Sudah agak lama tidak mendengar gossip tentang pelakon lelaki kacak, Fattah Amin. Baru-baru ini viral satu video di laman sosial apabila tindakan seorang peserta peserta program realiti Sukses 4.0, Hafiz Nassir merakam detik pelakon popular Fattah Amin sedang mendirikan solat secara diam-diam  dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Video yang dimuatkan oleh Hafiz di TikTok sejak dari semalam sudah meraih lebih 23,000 tanda suka dan mendapat lebih dari 238,000 jumlah tontonan.


Menurut Hafiz, dia sangat kagum dengan Fattah yang walaupun sibuk dia tetap tidak lupa menunaikan solat dan kewajipannya itu.



"Tabik dekat Fattah. Tak pernah tinggal solat di set penggambaran. Dah lama saya perhati," tulisnya. Melalui video yang dikongsikan, rata-rata pihak memuji cara didikan ibu bapa Fattah yang dilihat sangat mementingkan ajaran agama.


Ada juga mengatakan, walaupun Fattah sibuk dengan urusan kerja ia bukan alasan untuk kita tidak menunaikan solat.


Dalam banyak-banyak komen ada satu yang menarik dari netizen, yang mengatakan isteri Fattah iaitu pelakon Nur Fazura adalah wanita bertuah kerana dapat memiliki Fattah sebagai suaminya yang dilihat boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan.



Walaupun mendapat pelbagai komen positif, seperti biasa perkongsian terbabit turut menerima kecaman, malah ada juga yang tidak bersetuju dengan perkongsian video terbabit kerana solat adalah wajib bagi umat Islam.


Sementara itu, Fattah ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai video yang dirakam salah seorang peserta program itu.


"Tak ada apa yang saya nak komen. Bagi saya, ia tak perlu dihebahkan. Mungkin peserta itu merakamkannya untuk tujuan suka-suka. Saya harap apa yang dikongsikan boleh mendatangkan satu hal yang baik kepada semua," katanya.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments