Ticker

6/recent/ticker-posts

UPSR Dimansuhkan, Suhaimi Saad Bangga Kerana Dapat Buktikan Sijil Pelajaran Tak Penting

 


Seperti yang kita sedia maklum, bekas ahli kumpulan nasyid popular In-Team, Suhaimi Saad,40 dalam mencorakkan pendidikan dan masa depan anak-anaknya.

Suami kepada Ina Naim atau sebenarnya Nordiana Md Naim, 34, ini mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan alasan tertentu

Dan baru-baru ini pihak kementerian pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dakwa Suhaimi ia membuktikan sijil pelajaran tidak menjamin kehidupan di dunia dan umat Islam perlulah bergantung pada rezeki Tuhan.

Perkara ini telah dikongsikan olehnya melalui instagram miliknya.


“Lagi kebenaran dizahirkan. Sebelum ni ampa maki aku sebab kononnya aku nafikan hak anak anak.


“Nanti anak anak takdak UPSR, takdak PT3, takdak sijil, payah nak kerja, payah nak cari makan. Sekarang makan la sijil UPSR dan PT3 ampa tu.

“Bukalah minda. Hidup mati kita kena bergantung harap pada Tuhan, bukan makhluk.

“Jangan rasa hidup boleh berjaya dengan satu cara saja. Cara yang paling betul adalah cara yang Allah dan nabi tunjukkan,” katanya.

Perkongsian Suhaimi telah disokong oleh pengikut instagramnya, ada yang memberi komen nak hidup tak semestinya wajib ada upsr.


Satu lagi komen netizen yang menggunakan nama norra menulis : 


alhamdulillah.. anak saya home school utk sekolah kafa.. untuk sekolah rendah, saya amat berharap, pihak sekolah untuk bimbing bab akhlak.. tp tu lah.. sekarang ni viral, cikgu pun buat gangguan sex dekat pelajar.. sedih..




Terdahulu, suami kepada Ina Naim itu terbuka memberitahu pendiriannya yang tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah sebaliknya mengguna pendekatan homeschool yang diajar oleh dia dan isteri.

Post a Comment

0 Comments