Ticker

6/recent/ticker-posts

Peguam cadang Neelofa, suami dikenakan hukuman lebih berat sebab buat kesaIahan berulang

 



Sejak dari semalam kecoh di media sosial apabila selebriti dan juga usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya dikatakan telah merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan.


Tindakan pasangan tersebut telah mencetuskan pendebatan dan perbincangan dikalangan netizen yang rata-rata masih bersedih kerana tidak dibenarkan merentas negeri dan beberapa kes yang berlaku dikalangan netizen.


Aktivis dan peguam, Asiah Abd Jalil menerusi hantaran di Facebook berkata, hukuman yang wajar dikenakan kepada selebriti itu mungkin tidak lagi relevan dengan hanya menerima kompaun sebagai denda.


Sementara itu, menerusi  hantaran berasingan, Asiah turut menyifatkan tindakan Neelofa mencetuskan kontr0versi seakan-akan mempunyai agenda tertentu. 


“Kesalahan berikutnya mungkin dah tak sesuai nak kompaun. Neelofa dan laki lebai (PU Riz) dia tu perlu didakwa di mhkamah dan dihukum pen.jara.


“Minah (Neelofa) tu tak serlk. Betul ke mak dia rasa sejuk masa mengandungkan dia?” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Isnin.


Paparan video berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) Story, memaparkan dirinya dan suami berada di salah sebuah kedai di lokasi disyaki Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.



Bagaimanapun, semakan mendapati IG Story berkenaan sudah dipadamkan disyaki selepas mendapat perhatian netizen.


Dalam hantaran berasingan, Asiah turut mendakwa tindakan yang dilakukan oleh selebriti berkenaan seolah-olah mempunyai agenda tertentu.


Beliau berkata, Neelofa turut memuat naik beberapa gambar mesra bersama suaminya kemudian disusuli dengan pelancaran produk baharu.


Sebelum ini, netizen mengkrltik tindakan selebriti itu yang didak.wa meIanggar SOP ketika berada di Langkawi. Ia berikutan viralnya beberapa gambar dan video menunjukkan pasangan itu sedang berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu.

Sumber : SlNAR HARlAN

Post a Comment

0 Comments