Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Berlaku 'ketegangan' antara pengguna jalan raya dan poIis selepas tersekat hampir 3 jam di Tol Sungai Besi

 


Siang tadi tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur dilapor sesak berikutan sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan di sana. Difahamkan banyak kenderaan yang terpaksa beratur panjang untuk melepasi sekatan berkenaan.


Bagaimanapun kesesakan tadi ditambah dengan riuh apabila berlaku sedikit ketegangan antara anggota polis yang bertugas dengan segelintir orang awam dan pemandu yang terlibat.



Memetik laporan BERNAMA, difahamkan mereka mulai resah apabila sudah ‘tersekat’ hampir tiga jam lamanya. Tidak kurang juga ada kenderaan yang dilapor kehabisan petrol serta kepanasan enjin akibat kesesakan tersebut.

Berikut di bawah adalah rakaman BERNAMA sewaktu membuat tinjauan di plaza tol berkenaan hari ini.

Menurut BERNAMA, kesesakan tersebut didakwa berlaku rentetan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia di seluruh negara tidak lagi dibenarkan berkuat kuasa hari ini sehingga 6 Jun depan.



Terbaharu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kembali dikuat kuasakan bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.




 Sumber: BERNAMA via SlAKAPKELl

Post a Comment

0 Comments