Ticker

6/recent/ticker-posts

Elisya Sanda terharu tunang sanggup turun padang jual lemang demi kumpul duit kahwin

 


Sudah jadi lumrah dalam sesebuah percintaan ingin diakhiri dengan perkahwinan. Namun ramai juga yang tidak sanggup memberi komitmen dan berusaha untuk menghalalkan pasangannya. Jika berjumpa dengan pasangan yang sanggup berbuat apa saja demi menghalalkan hubungannya dengan korang, maka pilihlah dia jadi pasangan hidup korang.


Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Elisya Sandha meluahkan rasa terharu apabila tunangnya, Uzair Haqimy sanggup berniaga lemang untuk kumpul duit bagi majlis perkawhinan mereka nanti.


Difahamkan, tunangnya yang juga anak kepada penerbit dan pelakon Sheila Rusly itu menjual lemang sempena Ramadan dan Syawal ini.


Dalam entri tersebut, Elisya turut memuat naik gambar leman dan rendang yang dihantar oleh tunangnya itu.


Perkongsian Elisya itu mendapat komen balas daripada Uzair yang sanggup melakukan apa sahaja demi masa depan keluarga mereka yang akan dibina kelak.




Terdahulu, Elisya dan Uzair mengikat tali pertunangan pada 31 Januari lalu dan merancang untuk bernikah pada awal tahun hadapan.


SUMBER : ROTlKAYA

Post a Comment

0 Comments