Ticker

6/recent/ticker-posts

Alicia Amin rancang tambah koleksi tatu


 

Alicia Amin, seorang pelakon dan model kontroversi yang tidak pernah serik dikecam, kali ini dia mengakui bercadang untuk menambah lebih banyak koleksi tatu pada badannya selepas ini.

Perkara tersebut dikongsi Alicia dalam Instagramnya selepas ada beberapa peminat bertanyakan mengenai pemilihan tatu yang bakal dilakukannya nanti.


Menurut Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, 26, dia mengelak untuk mencacah tatu bermotifkan orang yang masih hidup seperti wajah sebenar dan seumpamanya.


“Saya tidak akan mencacah tatu orang hidup pada badan. Mungkin saya akan memilih tatu bermotifkan penghormatan tetapi tidak sekali wajah sebenar,” tulisnya dalam InstaStory.



Tambah bekas peserta Asia’s Next Top Model musim kelima itu, untuk tatu seterusnya, dia mungkin akan memilih tatu bermotifkan anime Dazai, iaitu karakter dalam siri Bungo Stray Dogs.


Hasil tinjauan dalam media sosial, rata-rata netizen tidak kisah dengan keputusan Alicia untuk menambah tatu pada badannya.


“Lantak dia lah nak cacah tatu satu badan sekali pun. Dia lebih tahu d0sa pahala. Ingat dunia hanya sementara.


“Tiada sesiapa pun kisah pasal dia ni. Buat jela apa nak buat. Orang lebih rungsing fikir pasal peningkatan kes C0vid sekarang ini,” tulis netizen.



Terdahulu, anak jati kelahiran Johor Bahru itu hebat dikecam netizen membabitkan beberapa kontr0versi seperti memiliki tatu pada badan, membela anjing sebagai haiwan peliharaan dan sering berpenampilan mencoI0k mata walaupun sudah bergelar isteri.


 – K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments