Ticker

6/recent/ticker-posts

12 lelaki berkumpul untuk solat Jumaat ditahan

 


Seramai 12 lelaki dikenakan kompaun selepas berkumpul untuk mengadakan solat Jumaat secara berjemaah di sebuah rumah kedai di Taman Nirwana di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua lelaki yang dikenakan kompaun tersebut terdiri daripada enam lelaki warga tempatan dan enam lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 23 hingga 60 tahun.


“Siasatan awal mendapati, premis ini merupakan pejabat bagi syarikat pembersihan, kawalan keselamatan dan urusan kargo bagi tiga buah syarikat berlainan milik warga tempatan.


“Enam warga asing yang ditahan tersebut mempunyai dokumen pengenalan diri dan kesemua 12 individu berkenaan merupakan pekerja di syarikat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Mengulas lanjut, ketika pemeriksaan, kesemua mereka sedang berkumpul untuk mengadakan solat Jumaat secara berjemaah.


“Mereka didapati melakukan kesaIahan berkumpul, tiada penjarakan fizikal dan mengadakan aktiviti yang tidak dibenarkan sebagaimana Peruntukan Peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyaklt Berjangklt (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempat-Tempat Jangkltan.) (No.3) 2021.


“Pemilik syarikat telah dikompaun sebanyak RM11,500 manakala pekerja lelaki dikenakan kompaun RM1,500 setiap sorang kerana peIanggaran Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (​PKP). Sementara warga asing telah dita.han untuk tindakan lanjut,” jelasnya.


Tambahnya, polis turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak meIanggar SOP PKP yang telah berkuat kuasa agar matlamat kerajaan untuk memutuskan rantaian C0vid-19 dapat dilaksanakan


Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF

Sumber :- Kosmo online

Post a Comment

0 Comments