Header Ads

LightBlog

Breaking

Wednesday, June 16, 2021

Guru buat laporan polis terperanjat nama didaftarkan sebagai anggota RELA sejak 2011

 


Baru-baru ini heboh di media sosial apabila ramai netizen mengadu menjadi anggota RELA secara automatik walaupun tidak pernah membuat permohonan menjadi anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Menerusi laporan media dari astro awani, seorang guru sekolah menengah di Lahad Datu telah membuat satu aporan polis setelah mendapati namanya didaftarkan sebagai anggota RELA tanpa pengetahuannya.

Guru tersebut yang dikenali sebagai Darmawan Arsad berkata dia mengetahui perkara tersebut setelah membuat semakan bagi pendaftaran anggota RELA melalui satu pautan di media sosial.

Katanya, hasil semakan tersebut mendapati namanya telah berdaftar sebagai anggota RELA sejak tahun 2011 dan dia terkejut kerana dia tidak pernah membuat sebarang pendaftaran di mana-mana pejabat RELA.


Gambar hiasan

"Pada sebelah malam, saya memeriksa semula status pendaftaran dan saya dapati nama saya sudah tidak ada dalam sistem.

"Keesokan paginya, saya telah pergi ke pejabat RELA berdekatan untuk membuat semakan dan didapati nama saya sebenarnya masih ada sejak 2011 hingga kini," katanya.

Menurut Darmawan, dia bimbang dengan keadaan tersebut dan telah membuat satu laporan polis bagi tindakan selanjutnya.



Laporan tersebut, katanya dibuat kerana dia bimbang jika namanya telah disalahguna oleh individu-individu tertentu untuk kepentingan yang tidak diketahui.

Dalam pada itu, Darmawan turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap data peribadi masing-masing agar tidak disalahguna oleh individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menerusi kenyataan rasmi menyatakan bahawa slasatan dalaman akan dibuat bagi mengenalpasti tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia (Akta 752) dikuatkuasakan pada 2012.

Sumber : Astro Awani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.