Header Ads

Breaking

Wednesday, June 16, 2021

Rakaman All Together Now Malaysia Dibuat Ketika Orang Dah Boleh Solat Jemaah, kata Tuju K-Clique

 


Program hiburan terbaru terbitan Astro,  All Together Now Malaysia mendapat kecaman dari netizen kerana dikatakan tidak mematuhi arahan SOP PKP yang kini sedang dilaksanakan dinegara kita.

Tuju yang juga salah seorang juri All Together Now Malaysia (ATNM), penyanyi rap Tuju berkata, dia sedia memberi kerjasama jika diminta untuk memberi keterangan kepada pihak polis berkaitan hal itu.


Biarpun menerima kecaman netizen, Tuju menjelaskan proses rakaman itu dijalankan kesemua pihak yang terlibat sudah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan cukup ketat.


Pemilik nama sebenar, Muhammad Azree Shah Awang Zambri, 25, berkata, rakaman program itu berlangsung ketika negara berada di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada awal tahun ini.

"Shooting untuk program itu sudah berakhirnya sebenarnya... saya baca orang (netizen) naikkan isu yang orang tak boleh pergi masjid apa semua.



"Tapi rakaman itu sebenarnya memang dibuat ketika orang sudah boleh sembahyang berjemaah pada waktu itu.



"Saya ambil pendekatan berdiam diri sebab memang saya tahu semuanya selamat (sepanjang proses penggambaran dijalankan) dan saya sedia beri kerjasama (jika dipanggil pihak polis)," katanya kepada mStar.


Anggota kumpulan K- Clique ini berkata demikian pada sidang media virtual single terbaharunya berjudul Veto yang diadakan pada Selasa.


Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.