Header Ads

Breaking

Wednesday, June 30, 2021

Muhyiddin dimasukkan ke hospital pagi ini

 


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital pagi ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan Muhyiddin mengalami diarea sejak semalam.

Beliau didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara untuk menerima rawatan dan pemantauan.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, sehubungan itu beliau telah didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan.


Artikel menarik lain :

RM83B biaya lapan pakej rangsangan

Kerajaan memperuntukkan suntikan fiskal berjumlah RM83 bilion untuk membiayai lapan pakej rangsangan ekonomi termasuk Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia merangkumi suntikan fiskal kerajaan bernilai RM38 bilion tahun lalu manakala baki RM45 bilion lagi untuk tahun ini.


Katanya, bagi tahun ini empat pakej rangsangan yang terbabit merangkumi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (Permai) membabitkan suntikan fiskal RM2.8 bilion dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) berjumlah RM9 bilion.

"Untuk tahun ini, suntikan fiskal berjumlah RM5 bilion diperuntukkan untuk Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi tambahan (Pemerkasa Tambahan) dan Pemulih berjumlah RM10 bilion.


"Daripada keseluruhan suntikan RM45 bilion setakat ini, kerajaan sudah membelanjakan RM18 bilion," katanya pada sidang mengenai Pemulih secara maya, semalam.


Tengku Zafrul berkata, daripada jumlah keseluruhan suntikan fiskal kerajaan ia akan dibiayai menerusi Kumpulan Wang Covid-19 (KWC) berjumlah RM40 bilion dan baki RM5 bilion lagi menerusi dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

"Tahun lalu, kerajaan membelanjakan RM38 bilion menerusi suntikan fiskal untuk membiayai empat pakej rangsangan. Baki suntikan fiskal berjumlah RM17 bilion lagi akan dibawa ke tahun ini," katanya.




Sepanjang tahun lalu, empat pakej rangsangan membabitkan suntikan fiskal kerajaan berjumlah RM38 bilion iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Prihatin PKS+, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin).

Mengulas mengenai bantuan Pemulih, beliau menjelaskan, kerajaan meneruskan agenda prihatin kepada rakyat, menyokong kelangsungan perniagaan dan meningkatkan usaha vaksinasi bernilai RM150 bilion.

Katanya, daripada jumlah itu RM97.9 bilion disalur kepada rakyat menerusi inisiatif seperti moratorium berjumlah RM60 bilion, i-Citra Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) RM30 bilion, bantuan tunai tambahan RM5.6 bilion dan subsidi tambahan RM2.3 bilion.

"Bagi menyokong kelangsungan perniagaan, Pemulih memperuntukkan keseluruhan RM51.1 bilion dengan RM20 bilion untuk moratorium, jaminan pembiayaan RM20 bilion, pinjaman baharu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) RM4.4 bilion, subsidi upah dan insentif penggajian RM4.2 bilion, geran bantuan serta sokongan lain masing-masing berjumlah RM1 bilion dan RM1.5 bilion.

"Bagi meningkatkan usaha vaksinasi pula, Pemulih memperuntukkan RM1 bilion iaitu RM800 juta untuk meningkatkan kapasiti Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) dan baki RM200 juta lagi untuk galakan vaksinasi," katanya.

Sejak tahun lalu, kerajaan memperkenalkan lapan pakej rangsangan dengan nilai keseluruhan pakej RM530 bilion, tidak termasuk inisiatif serta bantuan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.