Header Ads

Breaking

Wednesday, June 30, 2021

Kes anggota polis hubungi wanita menerusi WhatsApp selepas mohon kebenaran rentas negeri disiasat

 


Seorang wanita membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dihubungi anggota polis melalui aplikasi WhatsApp seperti yang tular di media sosial, hari ini.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan satu hantaran yang tular di Twitter, hari ini, mengenai seorang wanita yang mendakwa dirinya dihubungi oleh anggota polis melalui aplikasi WhatsApp.


"Berdasarkan hantaran yang dimuat naik wanita berusia 26 tahun itu, dia memaklumkan ke Balai Polis Setapak untuk memohon kebenaran merentas negeri sebelum dihubungi seorang anggota polis.








"Kami dimaklumkan wanita berkenaan yang juga penganalisis pelaburan sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Gombak jam 7.30 malam hari ini dan dia akan diambil keterangan oleh pegawai penyiasat dalam masa terdekat.


"Pada masa sama, kami berjaya mengenal pasti anggota polis yang didakwa menghubungi wanita berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Ashari berkata, siasatan berkaitan isu tular itu sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.


"Pihak polis tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau anggota melakukan sebarang salah laku dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.


"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.