Header Ads

Breaking

Sunday, June 13, 2021

Polis siasat NGO buat kutipan derma bayar ikat jamin rider

 


Orang ramai diminta untuk tidak terpedaya dengan kenyataan yang dimuat naik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang meminta kutipan derma bagi membiayai wang jaminan lima penghantar makanan.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis tidak pernah mengenakan atau meminta sebarang bayaran bagi ikat jamin terhadap Orang Kena Tang.kap (OKT).


"Kenyataan memohon derma berkenaan dimuat naik di Facebook dan menyatakan lima penghantar makanan ditahan serta mereka perlu membayar wang ikat jamin sebanyak RM3,000 sehingga RM4,000 seorang.




"Menurut kenyataan itu, sumbangan boleh disalurkan ke satu laman web atau akaun bank yang dipercayai milik NGO berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya mengesyaki terdapat individu atau persatuan yang mengambil kesempatan terhadap insiden berkenaan dengan membuat kutipan derma untuk kepentingan peribadi.


"Siasatan turut dijalankan terhadap penyataan yang dimuat naik di FB NGO berkenaan," katanya.



Jumaat lalu, enam individu termasuk seorang pelanggan dan lima penghantar makanan dit.ahan berhubung perga.du.han di Sungai Way di sini.


Polis menerima laporan daripada seorang penghantar makanan berhubung tindakan seorang pelanggan yang didakwa menggunakan nama yang menyentuh sensitlviti agama jam 2.30 petang.


Penghantar makanan itu kemudiannya membuat tang.kap layar pesanan daripada pelanggan berkenaan serta menularkannya kepada aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.