Ticker

6/recent/ticker-posts

Sakan menari TikTok, ramai netizen terkejut selepas Zizan Razak komen ada penampakan misteri dalam video Aliff Syukri

 


Selepas berjaya meraih gelaran penyanyi nombor satu negara beberapa bulan yang lalu, nampaknya impian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri kini bertukar angin pula ingin menjadi seorang tiktoker.


Baru-baru ini Aliff dilihat berkongsikan satu video menunjukkan beliau tekun menari selepas lebih 10 kali berlatih untuk menghasilkan video TikTok yang berkualiti antarabangsa.


Ramai yang tidak perasan ada penampakan misteri dalam video tersebut sehinggalah pelawak terkenal negara, Zizan Razak tampil dan menulis diruangan komen. Zizan menasihati Aliff supaya memakai seluar dalam ketat setiap kali menari seperti itu.




Selepas membaca komen Zizan, rata-rata netizen mengatakan baru mereka perasan ada sesuatu yaang menonjol ketika Aliff sedang sakan menari.






Sementara itu, ada juga yang menegur keadaan fizikal aliff yang kelihatan sedikit kurus dan mendoakan usahawan tersebut sihat dan baik-baik sahaja.

Tidak dapat dipastikan sama ada Aliff tidak perasan atau sengaja memakai begitu untuk mendapatkan perhatian netizen dan seterusnya video tersebut menjadi viral dan dia mendapat pengikut baru di tiktoknya.

Sumber : Rotikaya

Post a Comment

0 Comments