Ticker

6/recent/ticker-posts

Sudahlah dibuang kerja selepas itu dihaIau dari rumah sewa, wanita ini nekad cuba terjun kondominium tingkat 32

 


Tertekan diberhentikan kerja dan dihalau dari rumah sewa, seorang wanita cuba terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium di sini, semalam.


Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya memujuk dan menyelamatkan mangsa.


Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 7.52 malam.



"Seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kece.masan (EMRS) dikejarkan lokasi kejadian.


"Setibanya di lokasi terdapat seorang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kondominium berkenaan dan cuba untuk membunooh diri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




Menurutnya, pasukan penyelamat membuat persiapan dengan memasang tali keselamatan dan memujuk wanita terbabit ke tempat selamat.


"Wanita tersebut didapati mengalami masalah peribadi kerana kehilangan kerja dan dihaIau dari rumah sewa.


"Wanita terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments