Ticker

6/recent/ticker-posts

Ameera Khan dikecam netizen sebab bertudung tapi berbaju ketat menampakkan bentuk tubuh badan

 


Biarpun kembali dengan imej berhijab, personaliti media sosial, Ameera Khan yang juga adik kepada selebriti terkenal, Neelofa masih dikecam netizen gara-gara menggayakan pakaian yang agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.


Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ameera atau turut dikenali sebagai Little Miss Khan memuat naik beberapa keping foto menggayakan gaun santai paras lutut bersama padanan stoking panjang dengan imej berhijab.


Bagaimanapun, busana daripada koleksi mewah sebuah jenama terkenal yang dipakai Ameera kurang sesuai dengan imejnya yang berhijab kerana terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya berikutan gambar tersebut dirakam dari sudut atas.



Menjengah dalam ruangan komen, netizen tampil mengkritik tindakan Ameera memuat naik foto tersebut yang didakwa tidak sesuai dengan imej wanita berhijab.


“Ini dinamakan berpakaian tetapi teIanjang,” tulis seorang pengguna Instagram.


“Kalau nak berhijab pun, eloklah sikit. Suka buat kontroversi,” komen seorang lagi netizen.


“Ada yang tidak kena dengan gambar ini. Tapi tidak apalah. Doa saya semoga suatu hari nanti awak akan dapat hidayah Allah SWT,” kata seorang pengikutnya dalam Instagram.




Walaupun ramai yang mengkritik gaya dan penampilan Ameera, namun masih terdapat komen positif mendoakan supaya gadis berusia 21 tahun itu dapat mengikut jejak langkah kakaknya untuk berubah ke arah yang lebih baik.


“Harap suatu hari nanti awak jadi seperti Neelofa,” tulis seorang netizen.



Sekadar info, Ameera sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas memuat naik sekeping foto memaparkan bentuk punggungnya dalam Instagram.


Perkongsian tersebut bertujuan memberitahu pengikutnya bahawa dia telah menggunakan sejenis produk penjagaan kulit berharga ribuan ringgit.


Ameera yang sebelum ini berhijab dan kemudiannya membuka tudung kembali dengan imej asalnya sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya bersama pendakwah bebas, Haris Ismail pada Mac lalu. 


Sumber -K! ONLINE


Post a Comment

0 Comments