Ticker

6/recent/ticker-posts

Dia Tak Biadap, Mungkin Cara Dia Kasar Sikit, kata Erma Fatima

 


Ketika orang ramai mengecam usahawan dan influencer yang didakwa memarahi dan berkelakuan biadap terhadap seorang warga emas, namun lain pula pandangan pengarah Erma Fatima.


Menurut Erma, dia tidak melihat Carl Samsudin bersikap biadap sebaliknya hanya mahu memberi motivasi kepada gelandangan terutama anak muda.


“Saya bukan setuju dengan tindakan dia tapi saya tak nampak dia biadap atau kurang ajar. Lain la kalau dia guna perkataan kesat atau kasar. Saya tengok video itu berulang kali sebelum nak beri komen.



“Bagi saya, itu cara dia nak beri motivasi. Dia hanya menjadikan pakcik itu sebagai contoh untuk anak-anak muda yang memilih untuk menjadi gelandangan.


“Saya faham pakcik itu orang tua dan mungkin cara individu itu ada kasar sikit. Tapi saya melihat dia sebagai seorang yang beri motivasi, dia cuma lantang dan tegas.


“Sebab ada kalanya, nak beri motivasi dekat orang gelandangan ini kalau cakap lembut, tak jalan. Saya pernah berdepan dengan orang gelandangan jadi saya tahu perangi mereka macam mana,” katanya.

Sebelum ini, Erma dilihat ada memuat naik klip video tular itu serta memberi pendapat mengenai perkara itu. Katanya cara digunakan oleh influencer itu mungkin kasar sikit.


“Aku dapat rasa apa dia rasa ketika bg motivation talk ni. Aku juga dapat faham apa yg pakcik tu rasa. cuma ada waktunya orang kita ni kena gegar sikit untuk bangunkan dari tidur. Mungkin cara dia GAANAS sikit,” tulisnya.


Terdahulu, Carl Samsudin sudah pun memohon maaf dan memaklumkan akan segera bertemu semula dengan pakcik tersebut untuk memohon maaf secara bersemuka.


SUMBER  MSTAR ONLINE

Post a Comment

0 Comments