Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Inilah lelaki sejati, kotakan janji kepada netizen, Carl Samsudin tampil bersemuka minta maaf kepada pakcik Hadi

 


Sehari dua ini dunia media sosial hangat apabila seorang influencer yang juga usahawan berjaya, Carl Samsudin dikatakan telah meninggikan suara kepada seorang lelaki warga emas.


Sikapnya yang dianggap bladap ini telah mencetuskan kemarahan netizen, tidak mengambil tempoh lama Carl tampil di instagramnya tadi dengan membuat permohonan maaf dan mengakui kekhilafannya.


Permohonan maaf itu telah dibuat di instagram miliknya dan usahawan tersebut juga berjanji akan segera bertemu dengan lelaki tersebut yang dikenali sebagai pakcik Hadi.


Jika lembu dipegang pada tali namun bagi manusia jika berjanji perlulah dipegang pada janji. Bagi membuktikan dia benar-benar serius, Carl Samsudin telah memuat naik gambar dan video memaparkan babak penuh dramatik pertemuannya dengan Pakcik Hadi.

Gambarnya yang dilihat duduk mencangkung sambil memandang warga emas berkenaan juga ditulis dengan kapsyen ringkas tapi penuh bermakna iaitu "i am sorry".


Carl juga dilihat turut mengucapkan terima kasih kasih kepada Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi yang sama-sama ada di dalam pertemuan tersebut.

 


Terdahulu, hangat menjadi bualan netizen apabila satu video di twitter yang memaparkan seorang influencer dan juga usahawan bercakap kasar dengan seorang warga emas.

Video tular berkenaan dikatakan dimuat naik sendiri oleh Carl di Insta Stories akaun peribadi miliknya sebelum dipadam. Namun, video tersebut sempat dikongsikan oleh netizen di laman Twitter.



Malah, video berkenaan turut dikongsikan oleh seorang infleuncer dikenali sebagai jofliam yang terkilan dengan tindakan biiadap lelaki berkenaan.

Sumber : instagram Carl Samsudin

Post a Comment

0 Comments