Ticker

6/recent/ticker-posts

Ibarat kereta rosak tengah jalan, tak payah panggil tow truck, baca ruqyah saja pada kereta itu, kata Naim Daniel

 


“Yang Berhormat, jika….”


Penyanyi Naim Daniel tampil dengan nukilan khas olehnya ditujukan kepada Nik Abduh tentang kenyataan beliau berkenaan ‘berdoa kepada Allah SWT’ tersebut. Melalui Instagram, penyanyi svmpah itu telah memuat naik nukilannya yang berbunyi,


Yang Berhormat;


Jika;


Anak bini tak terabai makan minum mereka, wang di bank berjela angkanya, hutang piutang bebas semua;


Mungkin saja;


Hanya akan selesa untuk kita, berdoa dan terus berdoa, berdoa saja dari siang sekarang ke subuh esoknya.


Tanpa sebarang DAYA.


Tanpa sebarang USAHA.


Dalam erti kata lain, Naim bermaksud doa juga haruslah didvkung dan diikuti dengan usaha. Berdasarkan konteks ini, usaha itu adalah kempen bendera putih terbabit. Apatah lagi kempen tersebut adalah usaha yang baik demi membantu sesama rakyat yang benar-benar terkesan disebabkan pndemik C0v1d-19 dan kini dalam kesusahan untuk meneruskan hidup.


Nukilan Naim itu mendapat respon yang baik dan ramai bersetuju dengan pendapatnya. Menurut Utusan, melalui ruangan komen Naim dilihat turut membalas respon peminat dan pengikutnya yang menyokong penulisannya itu.


Antara komen ntizen,


Berdoa itu memang wajib. Tapi kalau berdoa tanpa sebarang usaha sia-sia saja. Allah pun suruh kita berusaha, tawakal dan berdoa.”


Naim kemudian membalas,


Ibarat kereta r0sak tengah jalan, tak payah panggil tow truck, baca ruqyah saja pada kereta itu.”


Sumber: Lobakmerah via tgler

Post a Comment

0 Comments