Ticker

6/recent/ticker-posts

Nabila Razali Sudi Terima Dengan Hati Terbuka Jika Ada Yang Serius Mahu Kenal Hati Budi

 


Menurut pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali ini, buat masa ini dia lebih memberikan fokus terhadap kerjaya seni namun tidak menolak sekiranya dikurniakan jodoh dalam masa terdekat.

"Sebenarnya saya seronok tengok dan dengar cerita Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Izara Aishah berkongsi mengenai anak mereka.


"Tapi buat masa sekarang, saya memang betul-betul fokus dengan kerja saya dan tidak terfikir lagi untuk ke arah itu (kahwin) lagi.


"Namun, sekiranya ada yang datang nak mengenali hati budi, saya terima dengan hati yang terbuka," katanya kepada mStar.


Nabila berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media virtual BeauRaya yang diadakan pada petang Sabtu.


Turut ada dalam sidang media tersebut ialah pengasas BeauSiti, Siti Nurhaliza, pelakon Izara Aishah dan pengacara, Hawa Rizwana.


Sementara itu, ketika ditanya bagaimana Nabila berhadapan dengan cabaran sepanjang melalui situasi pandemik C0vid-19, penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkata dia bersyukur menetap bersama ahli keluarganya.

"Alhamdulillah, saya tinggal bersama keluarga, jadi di rumah ada ramai anak-anak buah saya. Kalau saya malas, mereka akan tarik saya untuk mengajar dan bermain dengan mereka, jadi tidaklah bosan di rumah.



"Bagaimanapun, ada hari juga yang kita mahu berehat untuk mengosongkan minda kita kerana kadang-kadang kalau kita terlalu meluangkan masa terlalu banyak dengan telefon pun ia tidak begitu menyihatkan.

"Kadang-kadang apa yang kita ikuti di laman sosial secara tak langsung memberi aura negatif, apatah lagi sekarang banyak isu yang sedang diperkatakan. Ia boleh menganggu kesihatan mental kita, jadi pastikan apa yang kita buat dan tengok itu memberi manfaat terhadap diri kita," ujarnya

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments