Ticker

6/recent/ticker-posts

Artis terkenal 65 tahun ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh terhadap remaja perempuan

 


Artis lelaki tahun 80-an yang juga bapa kepada penyanyi wanita terkenal ditaahan poIis selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak bermoraI terhadap seorang remaja perempuan sejak Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3 petang pada 21 Julai lalu.


"Kejadian pertama berlaku terhadap remaja tersebut berusia 14 tahun itu pada Ogos 2020 di rumah kawan ibunya di sebuah kondominium di Puchong Prima.


"Dalam kejadian ini, ia membabitkan seorang lelaki yang dikenali sebagai atok berusia 65 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.



Abd Khalid berkata, dua lagi kejadian yang sama dilakukan lelaki yang sama terhadap remaja perempuan tersebut yang masih bersekolah di Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Puchong itu berlaku pada Oktober dan November 2020.


"Kedua-dua kejadian itu berlaku di rumah lelaki tersebut di Puchong. Perkara itu  sekali lagi berlaku pada Januari lalu. Disebabkan takuut, pengadu hanya mendiamkan diri sebelum ini," katanya.


Katanya, susulan laporan itu, pihaknya menahan lelaki terbabit di perkarangan Balai PoIis USJ 8, di sini, jam 11.00 malam pada 21 Julai lalu.



"Bagaimanapun, lelaki tersebut sudah dibebaskan dengan jaminan poIis memandangkan dia menghldap penyakiit jantung.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments