Ticker

6/recent/ticker-posts

Nadir Al-Nuri Nafi Dapat Sumbangan RM20 Juta Setiap Tahun

 


Dakwaan kononnya Cinta Gaaza Malaysia (CGM) menerima sumbangan hampir RM20 juta setiap tahun daripada rakyat Malaysia bagi meringankan deriita PaIlestin disifatkan sebagai tidak benar dan kurang relevan.


Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, sumbangan hampir RM20 juta itu hanya diterima pihaknya jika berlaku pepeerangan dan bukannya pada setiap tahun.


“Kita bukan setiap tahun dapat RM20 juta,(dakwaan) itu sesuatu yang tidak baik apabila kami dilontarkan andaian tersebut seolah-olah mendapat duit yang banyak dan bila mahu menggunakannya.



“Tuduhan RM20 juta itu salah, namun saya tidak salahkan sesiapa kerana ia dibuat berlandaskan kejahilan terhadap sesuatu tempat,” katanya pada sesi Townhall Cinta Gaaza Malaysia yang disiarkan secara Facebook Live sebentar tadi.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan orang ramai yang mempersoalkan ke mana perginya sumbangan RM20 juta yang berjaya dikumpul CGM sebelum ini.


Katanya, sumbangan hampir RM20 juta itu berjaya dikumpul CGM apabila berlaku pepeerangan sahaja dan ia bukanlah berlaku pada setiap tahun seperti yang didakwa sebelum ini.


“Apabila disebut ada peerang, dapat RM20 juta, tetapi peerang tidak berlaku setiap tahun, macam mana nak dapat sumbangan RM20 juta pada setiap tahun.



“Kalau ada RM20 juta, kami tidak perlu duduk di Gaaza yang terputus elektrik, hanya ada bekalan elektrik lapan jam sehari saja selain berdepan masyarakat yang ketuk pintu bagi meminta bantuan dan bermatian-matian keluar, masuk Gaaza hingga terlepas acara istimewa keluarga,” jelasnya.


Sebelum ini, beberapa kontroversi tercetus antara Muhammad Nadir dan Ebit Lew antaranya apabila penceramah bebas itu meminta penjelasan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di PaIlestin. 


Sumber : -K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments