Ticker

6/recent/ticker-posts

Ramai netizen terpesona lihat kelincahan tarian Tiktok terbaru Iman Troye

 


Biarpun sentiasa terpaIit kontroversi, namun bagi penyanyi genit Iman Troye tetap bersemangat untuk mengeluarkan single ketiga baru-baru ini.


Jika sudah namanya Iman Troye, tidak sah sekiranya dia tidak menampilkan tarian untuk setiap singlenya.


Terbaharu, dia muncul dengan tarian untuk lagu solo ketiganya iaitu #NangChallenge yang muziknya mempunyai unsur Jawa.



Biarpun lagu tersebut belum sepenuhnya didedahkan, netizen sudah mula menyahut cabaran NangChallenge dengan bersemangat.


Rata-rata menyifatkan tarian ketiga ini lebih sukar berbanding dua tarian terdahulu menerusi Teman dan Pejam Celik Hari Raya.


Menjenguk diruangan komen, ramai netizen yang memuji kemerduan suara Iman Troye dan dalam masa yang sama ramai juga yang mengatakan step menari lagu itu dilihat sangat susah untuk dibuat dan bukan calang-calang yang mampu menari sepertinya.





Ramai tak kat sini yang berani sahut cabaran untuk sama-sama menari NangChallenge di rumah? Berani atau tidak?


Sumber : Kosmo

Post a Comment

0 Comments