Ticker

6/recent/ticker-posts

Rentas negeri ziarah bapa meninggaI cetus kIuster baharu di Kelantan

 


Seorang pemuda yang melakukan rentas negeri dari Selangor untuk pulang ke Kelantan bagi menziarah kematlian bapanya, mencetuskan kluster baharu di negeri ini.


Kluster dikenali sebagai Kluster Sungai Long itu membabitkan daerah Jeli dan Kuala Krai yang menyebabkan 13 individu positif C0vid-19, setakat semalam.


Jumlah individu positif berkenaan hasil ujian saringan yang dilakukan terhadap 30 individu.


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pemuda berusia 22 tahun itu melakukan rentas negeri dari Selangor ke Kelantan pada 11 Julai lalu.


"Lelaki itu pulang ke Kampung Sungai Long selepas bapanya meninggaI dunia pada 10 Julai, sebelum dia disahkan positif pada 17 Julai hasil ujian saringan memandangkan pulang dari negeri berisiko tinggi.


"Sehingga kini hasil ujian saringan terhadap 30 individu mendapati 13 daripadanya positif dan ujian saringan akan terus dilakukan terhadap kontak dikenal pasti," katanya ketika dihubungi.


Mengulas mengenai perkembangan C0vid-19 di Kelantan, Dr Zaini berkata, keadaan kes di negeri itu belum stabil kerana kes harian membabitkan tiga angka.


"Malah, hampir setiap hari Kelantan merekodkan kluster baharu dan semalam sahaja tiga kluster direkodkan termasuk Kluster Sungai Long.


"Justeru, saya menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika sambutan Aidiladha bagi mengekang penularan C0vid-19.


"Kita tidak mahu disebabkan kelalaian masyarakat, kes C0vid-19 semakin meningkat di Kelantan," katanya.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments