Ticker

6/recent/ticker-posts

40 Ahli Parlimen BN kekal sokong PN itu benar, hanya Zahid dan Ku Li tidak sokong, kata Nazri Aziz

 


Pertemuan melibatkan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di bangunan Parlimen pada Khamis lepas memang berlaku dan semuanya memberikan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam satu temu bual bersama Sinar Harian, Nazri menjelaskan hanya Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mengambil sikap berbeza.



Malah, beliau mendedahkan Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Januari lalu juga memberikan sokongan kepada PN.

Ini bukan masa sesuai UMNO ambil kesempatan jadi PM - Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berpendapat situasi terkini bukan masa yang sesuai untuk UMNO mengambil kesempatan mengambil jawatan Perdana Menteri.



Sebaliknya Nazri berpendapat, tempoh yang ada ini perlu digunakan oleh UMNO untuk mengutamakan kepentingan negara terutama rakyat yang menderita akibat krisis pandemlk C0VID-19.

"Ini adalah waktu semua Ahli Parlimen UMNO dan BN berbincang bagi mencari jalan bagaimana membantu kerajaan PN dalam mendepani krisis C0VID-19.

Sumber : AWANI


Post a Comment

0 Comments