Ticker

6/recent/ticker-posts

Amerika mahu Najib segera bentuk kerajaan baharu, tangani konfIik pentadbiran

 


WASHINGTON: Amerika Syarikat meminta Perdana Menteri baharu Lubnan, Najib Mikati segera membentuk kerajaan untuk menangani krisis pentadbiran dan ekonomi yang sudah lama melanda negara itu.


“Kita mahu pemimpin itu segera membentuk kerajaan dan pemerintah yang juga komited untuk melaksanakan reformasi kritis,” kata jurucakap Jabatan Negara, Jalina Porter kepada wartawan.



Isnin lalu, Najib dilantik menjadi Perdana Menteri Lubnan selepas Saad Hariri meletak jawatan.


Ini kali kedua beliau dilantik memegang jawatan berkenaan selepas 2014.

Najib sekali lagi dilantik Perdana Menteri


Bilionair Lebanon, Najib Mikati sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri selepas mendapat sokongan majoriti parti untuk membentuk pemerintahan baharu negara.


Cabaran paling besar beliau ketika ini adalah krisis kewangan selain kebuntuan politik selama setahun.


Beliau pernah memegang jawatan sama pada 2014. – AFP

Sumber : Utusan Online


Post a Comment

0 Comments