Ticker

6/recent/ticker-posts

Dikejarkan ke HUKM kerana tahap oksigen menurun, doakan Siti Sarah dan kandungan selamat

 



Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.


Pengurusnya, Nana Mohamad Rom berkata, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk.


"Kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini," katanya kepada Harian Metro.





Sementara itu, Shuib menerusi hantaran terbaharu di Instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.


"Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.



"Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya," katanya.


Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments