Ticker

6/recent/ticker-posts

Doktor beritahu seluruh paru-paru Siti Sarah dipenuhi VlRUS C0VID-19, kata Shuib

 


Pelawak Shuib menasihatkan masyarakat supaya mengambil serius mengenai pandemiik C0vid-19 dan mahu mereka percaya C0vid-19 adalah benar.


Shuib menerusi sesi Instagram Live hari ini turut berkongsi bagaimana dia sekeluarga dijangkiiti C0vid-19 yang berpunca daripada pembantu rumah.


"Allah nak jadikan jalan cerita, pembantu rumah saya turun ke bawah membuang sampah. Kebetulan dia berjumpa kawan, bersalam dan dia dijangkiiti C0vid-19. Kemudian terus satu keluarga kami dijangkiiti C0vid-19.


"C0vid 19 is real (C0vid-19 itu benar). Tadi sebelum saya keluar dari ICU (Unit Rawatan Rapi) selepas tengok isteri, seorang jururawat panggil saya.


"Katanya, dia tahu mengenai Siti Sarah memang viral dan semua orang mendoakannya. Tapi dia nak sampaikan sesuatu," katanya.



Menurutnya, jururawat itu menyeru agar semua individu mengambil suntiikan vaksiin.


"Saya sudah divaksiin. Jururawat itu kata, kita kena sedarkan rakyat Malaysia mengenai vaksln. Sekurang-kurangnya dengan vaksiin mungkin dapat membantu kita.


"Saya tersentak sebab saya tahu isteri saya belum divaksln. Seluruh bahagian paru-parunya terkena jangkitan ia tak boleh berfungsi untuk proses oksigen.


"Bukan itu saja, ia juga menyebabkan semua organ badannya tak berfungsi dengan baik. Saya rasa kemungkinan juga kerana dia tak sempat divaaksin. Wallahuallam," katanya.


Shuib berkata, di saat begini dengan kematian setiap hari, semua orang tidak boleh berundur ke belakang selepas positif C0vid-19.



"Saya ingat isteri saya akan sihat dan saya cukup yakin. Tapi bila berkomunikasi dengan doktor, dia memaklumkan paru-paru isteri saya memang sudah dipenuhi viirus C0vid-19. Sebab itu ia tak boleh berfungsi.


"Kita kena jaga kesihatan. Kena makan vitamin supaya sistem imunisasi kuat. Jangan sayang duit. Ingat lagi, ketika saya dalam ambulans bila nak bawa isteri ke hospital, nak bawa ke pusat perubatan swasta tapi dah penuh.


"Masa itu dah ter0k sangat. Ketika itu terfikir duit banyak mana pun takkan boleh kembalikan isteri saya. Takkan boleh sihatkan isteri saya. Itulah yang jadi. Jangan sayang duit. Bila orang cakap jangan keluar, kena ikut," katanya.


Siti Sarah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM jam 5.13 pagi, hari ini.


Jnazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak jam 1.20 petang hari ini.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments