Header Ads

Breaking

Wednesday, August 11, 2021

Lima Sekawan Berdepan Tindakan Muflis Jika Gagal Jawab Tuntutan

 


Peguam yang mewakili penyanyi itu, Abang Azlan Abang Ariffin berkata sehingga proses pengurusan kes yang dijalankan secara eReview pada Isnin, kelima-lima defendan terbabit masih tidak memfailkan kehadiran dan pernyataan pembelaan setelah writ saman dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada mereka pada 2 Ogos lalu.


Sehubungan itu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memberi tempoh sehingga 17 Ogos ini untuk kelima-lima defendan termasuk isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi atau Aida G untuk berbuat demikian.


Jika gagal, Abang Azlan berkata semua defendan berkemungkinan besar boleh diisytiharkan muflis


"Seperti yang kita tahu, untuk diisytihar muflis tuntutan itu mesti melebihi RM100,000 dan dalam tuntutan saman ini anak guam saya menuntut RM500,000 daripada setiap seorang.


"Perkara ini (muflis) berkemungkinan berlaku sekiranya defendan-defendan gagal untuk beri pengesahan kehadiran beserta kenyataan pembelaan selewat-lewatnya 17 Ogos ini," katanya ketika dihubungi mStar.


Tambah Abang Azlan lagi, sehingga Isnin lalu kelima-lima defendan masih tidak diwakili peguam.


Mahkamah menetapkan 23 Ogos ini sebagai tarikh pengurusan kes (eReview) yang baru dan untuk memaklumkan defendan-defendan mengenai tarikh baru pengurusan kes tersebut.


Menerusi laporan mStar sebelum ini, pada 2 Ogos lalu Siti Nordiana menyerahkan tuntutan saman kepada lima sekawan tersebut yang mana dia menuntut mereka membuat permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.


Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.


Menerusi sesi tersebut, Lan dan isterinya, Sheila mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.


Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.