Header Ads

Breaking

Friday, August 6, 2021

Gagal patuh SOP pihak berkuasa, ratusan pekerja asing diarah tinggalkan Pusat Pemberian Vaksin

 


Ratusan pekerja asing diarah meninggalkan lokasi Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Sksyen 7 di sini pada petang Khamis selepas berjam-jam beratur untuk menerima vaksin.


Tindakan diambil terhadap pekerja asing terbabit yang beratur panjang di luar kawasan PPVIN berkenaan sehingga di tepi laluan utama di situ.


Pihak penyelaras PPVIN dengan bantuan sepasukan anggota polis mengambil tindakan berkenaan berikutan pekerja asing terbabit didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.




Tinjauan Sinar Harian mendapati walaupun arahan telah dikeluarkan, namun masih terdapat pekerja asing yang berdegil dan enggan berganjak serta masih berada di lokasi berdekatan di luar PPVIN.


Mereka dilihat tidak mahu pulang selagi tidak menerima vaksin walaupun pihak penyelaras memaklumkan mereka yang mendapat janji temu pasti akan mendapatkan vaksin pada hari berikutnya.


Tinjauan juga mendapati anggota polis terpaksa mengambil masa lebih sejam bermula sekitar jam 4 petang sehingga jam 5.30 petang bagi memastikan kawasan luar PPVIN berkenaan kembali terkawal.


Terdahulu, ratusan pekerja asing terbabit yang dipercayai dari kilang sekitar dan luar daerah ini sudah mula beratur sepanjang kira-kira satu kilometer seawal jam 8.30 pagi bagi mendapat giliran vaksin.


Situasi berkenaan menimbulkan kebimbangan bagi penduduk berhampiran termasuk di Seksyen 7, Jalan Plumbum berhubung risiko wujudnya kluster PPVIN jika keadaan sedemikian berada di luar kawalan.


Seorang penyewa di bangunan berdekatan yang enggan namanya disiarkan berkata, pekerja-pekerja terbabit turut membuang sampah merata-rata, malah ada yang membuang air kecil di tepi longkang tanpa segan kerana tidak mahu lama meninggalkan barisan.


“Sepatutnya ada satu kaedah pengawasan kepada mereka yang beratur di luar kawasan tersebut. Jangan sampai ada kluster vaksin pula di kawasan sekitar sini kerana gagal patuh SOP.


“Tindakan polis menyuraikan mereka adalah langkah tepat. Jika keadaan seperti ini tidak dikawal, ia akan mengundang bencaana kepada masyarakat dan di tempat mereka (pekerja asing terbabit) kelak,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.