Ticker

6/recent/ticker-posts

Wanita ini tampil ceritakan perkara sebenar selepas dikatakan sihir anak saudara, kesal apabila ahli keluarga sendiri sanggup...

 


Walaupun kita kini hidup di zaman yang serba canggih, namun harus diakui kegiatan seperti sihir masih belum dapat dipisahkan dengan masyarakat kita.


Baru-baru ini viral di media sosial memaparkan kisah seorang wanita berkongsi kisah dua orang anaknya yang saklt dipercayai terkena buatan orang.


Wanita itu dikatakan telah mencuba pelbagai jenis rawatan bagi menyembuhkan kembali anaknya. Menerusi rawatan terbaru yang dilakukan oleh wanita itu, seorang lelaki yang juga merupakan perawat mengatakan anaknya terkena sihir yang ‘dihantar’ dari kalangan ahli keluarga sendiri. Dakwaan itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan keluarga memandangkan ianya fitnah.


Tidak melatah walaupun dikatakan menjadi individu yang bertanggungjawap kepada apa yang berlaku, seorang pengguna fb dikenali sebagai Rohayu Ramli yang juga adik kepada wanita yang ditimpa musibah anaknya terkena buatan orang itu tampil menjelaskan hal sebenar bagi membersihkan nama mereka.


Tambah wanita itu lagi, semua tuduhan itu merupakan satu fltnah kepada dirinya.


Budak yang telah dirasuk tu menyebut nama suami saya sendiri dengan jelas melalui video record. Setelah saya tahu suami saya dituduh saya sampaikan perkara ni kepada dia. Lepas dapat tahu daripada saya, dia menangis dan saya sendiri pun menangis sebab kitorang tak sangka keluarga sendiri sanggup untuk menuduh kami tuduh melulu tanpa bukti apa-apa.


Selepas mendapat tahu nama suaminya  menjadi individu yang bertanggungjawab akan sihir tersebut dia mengambil keputusan untuk membuat panggilan kepada kakaknya namun, kakaknya dipercayai tidak mahu berbincang dan pelawaan untuk datang ke rumahnya juga ditolak..


Apa yang diorang nak sampai sanggup tuduh kami? Adakah dia pernah tengok kami memuja apa-apa ka? Atau pun dia datang rumah saya dan terjumpa apa-apa sehinggakan boleh menuduh saya.


Pada mulanya, wanita ini hanya mahukan kedua-dua pihak berbincang secara baik namun, tiada sebarang kerjasama yang diberikan oleh individu berkenaan.


Sebab suami saya ni penjawat awam. Saya perlu jaga, bila video menyebut nama dia tersebar bermaksud dia akan boleh menanggung malu. Sampailah saya hilang sabar terpaksa buat report polis dan telah mengambil kata setuju dengan suami saya untuk saman malu.


Kasihan terhadap apa yang berlaku kepada kedua-dua anak saudaranya itu, Rohayu menjelaskan dia pernah memberikan bantuan mendapatkan dana bagi merawat mereka. Tambah Rohayu, dia sangat mengenali anak saudaranya dan mungkin mengalami gangguan emosi.


Saya tahu anak dia yang nombor tiga dan nombor empat sememangnya sakit. Anak dia memang betul-betul sakiit, anak dia itu memerlukan bantuan dan saya pernah tolong dia dapatkan bantuan dan dana iaitu memanjangkan isu ini kepada page-page dan akhbar. Saya tolong sampai dapat bantuan daripada semua pihak.


Bercerita mengenai video tular memaparkan gambar dirinya yang telah digunakan oleh seorang perawat untuk ‘menghantar’ semula sihir, Rohayu berkata reda jika itu cara terbaik untuk membuktikan kebenaran.


Sebab saya pernah cabar dia cakap kalau betul barang ini suami saya hantar, hantar balik saya sanggup untuk memutuskan hubungan suami isteri. Dah dia jaahat sangat biar, saya sanggup bercerai. Begitu sekali, saya nak perjuangkan dan menafikan sekeras-kerasnya kami tak buat.


Yang ini saya dapat daripada pengakuan ustaz itu sendirilah. Ok setelah selesai perubatan anak dia, Wes (perawat lain) menjumpai sebuah beg berwarna koko dan dalam tu ada gambar saya dengan suami yang banyak dengan dah dicucuk jarum.


Walaupun dituduh sedemikian rupa namun, wanita itu mengatakan sudah pun memaafkan individu tersebut dan menyerahkannya perkara ini kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. Suaminya juga telah memaafkan individu terbabit sambil meninggalkan pesanan kepada keluarga itu untuk muhasabah diri.


Sumber: Rohayu Ramli via OhBulan

Post a Comment

0 Comments