Ticker

6/recent/ticker-posts

Guru kemuka tuntutan fitnah, Ain Husniza dan ibubapa dituntut bayar pampasan RM1 juta

 


Remaja perempuan yang baru-baru ini menarik perhatian ramai mengenai isu ganggguan seeksual di sekolah, Ain Husniza Saiful Nizam, menerima surat tuntan daripada seorang guru lelaki.


Melalui surat berkenaan pelajar tingkatan lima itu didakwa melakukan fiitnah dengan mengaitkannya dengan gurauan lIucah semasa di dalam kelas.


Turut dinamakan sebagai responden dalam surat tuntutan tersebut ialah ibu bapa Ain Husniza.


Antara lain mereka dituntut membuat permohonan maaf serta pampasan bernilai RM1 juta. Jika gagal guru terbabit akan mengambil tindakan lanjut mengikut undang-undang.


"Buat masa ini kami sedang mendapatkan nasihat mengenai langkah sepatutnya diambil," kata bapa pelajar terbabit Saiful Nizam Abdul Wahab, semasa dihubungi Malaysiakini hari ini.


Menurutnya lagi ada lima tuntutan terkandung dalam surat tersebut.


Terdahulu Ain Husniza menciap berkenaan surat tersebut dan tuntutan yang dibuat atas kenyataan yang didakwa bersifat fitnah.


"Hari ni Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas 'pernyataan-pernyataan fitnah.


"Dalam surat ni Ain diberi 7 hari untuk untuk (penuhi) semua tuntutan ni, antaranya untuk membayar RM1,000,000 sebagai ganti rugi.


"All I ask is (Apa yang saya minta ialah) semua doakan urusan Ain dipermudahkan," ciapnya.


Pada 24 April lalu Ain Husniza memuat naik video melalui aplikasi TikTok berkenaan tindakan seorang guru lelaki yang didakwa melakukan jenaka mengenai rogool semasa subjek pendidikan jasmani dan kesihatan.


Ia kemudian mencetuskan poIemik dan kemaarahan pelbagai pihak di media sosial.


Sumber : Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments