Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya terpaksa ceraikan dia sebab tak tahan sebelum ini saya selalu kena 'gocoh', kata bekas suami

 

Gambar hiasan

Seorang lelaki menafikan yang dia menceraikan isteri yang masih dalam pantang hanya kerana tidak berpuas hati buku klinik koyak.


Sinar Harian pada Isnin melaporkan, seorang ibu beranak tiga di Flat Taman Semarak di sini diceraikan suami ketika masih dalam pantang.


Keadaan itu menyebabkan wanita berusia 26 tahun tersebut berdepan tekanan, malah buntu memikirkan bagaimana mahu membesarkan tiga anaknya yang berumur empat, dua tahun dan bayi berusia 17 hari.


Bagaimanapun, bekas suaminya, yang berusia 30-an itu berkata, tindakannya menceraikan isteri kerana tidak tahan dengan sikap bekas isteri yang mudah naik tangan setiap kali mereka berselIisih faham.


Menurut beliau, masyarakat hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja dan ia seolah-olah memberi gambaran yang dirinya suami tidak bertanggungjawab.



"Sebenarnya pergaduuhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri maarah apabila buku temu janji klinik anak kami koyak. Tapi waktu itu dia menguugut mahu mencedeerakan saya.


"Bagi saya itu agak melampau. Selama ini saya bersabar dengan sikapnya yang akan memukuul dan mencedeerakan saya apabila kami bergaduuh. Kali ini, saya tak tahan lagi, sebab itulah saya buat keputusan ceraikan dia," katanya .


Ujarnya, dia terkesan apabila video berkenaan tindakan bekas isterinya yang mahu membunooh diri tular di media sosial, sehubungan itu dia memberi kenyataan kepada media kerana mahu membersihkan namanya.


Katanya, hanya dia dan bekas isteri sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.



"Awal perkahwinan kami bahagia. Tapi semuanya sementara apabila lama-kelamaan kami sering bergaduuh.


"Kami pernah bercerai pada tahun 2019 tapi rujuk semula atas permintaan isteri. Sepanjang menjadi suaminya, saya tak pernah abaikan tanggungjawab," katanya yang turut membuat laporan polis.


Bagaimanapun beliau tetap sayangkan anak-anaknya dan berharap masyarakat berhenti daripada terus menghukoomnya.


Sumber : Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments