Header Ads

Breaking

Sunday, August 8, 2021

Kami senyap sebab anda bising, kata Ameera Khan

 


TAHUN lalu sehinggalah tahun 2021, banyak cerita tentang keluarga selebriti popular, Neelofa dilaporkan dalam media sosial mahupun media konvensional.


Ada cerita positif serta tidak kurang juga yang negatif. Terbit sahaja cerita tentang mereka, memang ramai yang akan membacanya sehingga dikecam ter0k oleh netizen.


Namun, sejak akhir-akhir ini kisah keluarga ‘Kardashian Kelantan’ itu agak suram diperkatakan netizen. Tidak tahu mengapa, tetapi mereka mengambil pendekatan untuk tidak terlalu berkongsi banyak perkara dalam media sosial.



Paling menguatkan dakwaan tersebut ialah apabila adik perempuan Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenal sebagai Little Miss Khan (LMK) menjawab satu soalan netizen dalam Instagramnya.


“Kenapa keluarga awak semua sudah senyap sekarang?” tanya seorang pengguna Instagram dalam sesi soal jawab baru-baru ini.


Jawab Ameera:” Senyap sebab anda semua bising.”



Ringkas tetapi menikam. Padat sungguh jawapan Ameera. Mungkin mereka ada sebab tersendiri. Iyalah, daripada terus dikecam, lebih baik senyap dan tutup rapi semua pekung di dada.


Selebriti lain perlu jadikan keluarga mereka sebagai contoh, tiada lagi cerita yang boleh melondehkan aiib sendiri. Kurangkan berkongsi banyak perkara yang boleh mendatangkan kecaman sebab selebriti Malaysia ketika ini ramai hati tisu.

Sumber : Kosmo! Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.