Ticker

6/recent/ticker-posts

Minggu Terakhir Di Malaysia Sebelum Berhijrah Ke Bali Minggu Depan, Nourul Depp Sayu Nak Tinggalkan Tanah Air Tercinta

 


Baru-baru ini, penyanyi popular Nourul Depp ada memuat naik satu hantaran di instagramnya, meluahkan rasa sayu yang amat sangat apabila bakal meninggalkan Malaysia untuk berhijrah ke Bali, Indonesia tidak lama lagi.


Penyanyi kesayangan ramai itu dilihat berkongsi pemandangan harian dari unit kondominium miliknya yang menghadap pemandangan Menara Kuala Lumpur (KL Tower).


Noorul Huda Abdul Wahab, 44, meluahkan rasa sedih apabila tidak lagi dapat menikmati pemandangan KL Tower yang dilihatnya setiap hari dari kediamannya.


“Saya akan merindui pemandangan ini (KL Tower). Sedih pula nak tinggalkan unit ini (rumahnya).


“Ini belum lagi pindah negara (Bali). Insha-Allah minggu depan,” tulisnya.


Sementara itu, Nourul turut meluahkan rasa sayang dan cintanya kepada tanah air dan berharap dapat berbakti pada negara.


“Sayang Kuala Lumpur, sayang Malaysia. Saya harap dapat berbakti kepada negara. Semoga anda semua dirahmati Allah SWT,” katanya.


Mengintai dalam ruangan komen, hantaran penyanyi itu turut mendapat respons daripada rakan artis antaranya penyanyi, Ning Baizura.


” Salam sayang. Semoga perjalanannya selamat. Sayang awak. Nanti kalau ada berkesempatan, saya akan melawat awak walaupun tidak tahu waktunya,” tulis Ning Baizura.


Sebelum ini, Nourul mendedahkan bahawa dia bakal berhijrah ke Bali untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama keluarganya.


penghijrahan tersebut awalnya dirancang pada tahun lalu, namun disebabkan pandemlk C0vid-19 yang melanda dunia dan negara, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan seketika.


“Penghijrahan ini untuk pendidikan dan masa depan anak-anak.


“Kami berhasrat untuk masukkan mereka ke sebuah sekolah di sana yang sangat bagus dan berkonsepkan kemahiran,” katanya.


Katanya lagi, memang impian suaminya untuk berhijrah ke Bali kerana sebelum ini dia pernah menetap selama dua tahun di sana.

Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments