Ticker

6/recent/ticker-posts

(VIDEO) Pelawak terkenal bengang selepas videonya dirakam ketika sedang berurusan jual beli 'barang'?

 


Individu yang didakwa pelawak terkenal ini sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila namanya dikaitkan dalam satu video tular yang mendakwa dirinya sedang berurusan jual beli 'barang'. 


Menerusi video yang dirakam, individu yang dikatakan dari kumpulan popular itu tiba-tiba mengamuk apabila mengetahui urusan yang dilakukan dengan seorang penunggang motosikal sedang dirakam.


Individu itu dilihat bergegas keluar dari kereta jenis perodua Myvi yang dibawa dan meluru ke arah si perakam dan seolah-olah berlaku pertelingkahan. 



"Woi! Hang rakam apa?" kata individu itu dalam loghat Utara.


Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter pada jam 8.59 malam, hari ini, sudah ditonton lebih 15,000 dan diulang kicau lebih 312 kali. 


"Rajin pelawak zaman sekarang ni, macam-macam kerja mereka buat.

"Hari tu seorang jadi tauke ayam. Kali ni tak pasti lagi tauke sayur atau air batu," ciap pemilik akaun Twitter yang memuat naik video berkenaan. 


Kebanyakan komen yang ditinggalkan mendakwa individu terbabit mirip pelawak itu berdasarkan loghat dan suara. Namun ada juga yang menyangkal tuduhan itu.


Sehingga kini, individu yang didakwa mirip pelawak itu belum dikenal pasti atau dapat dibuktikan oleh sesiapa. 

Menjenguk  di ruangan komen, rata-rata netizen tidak percaya dan menganggap ianya hanyalah salah satu dari strategi marketing kerana dilihat terang-terangan dibuat ditempat umum.





Apapun kita nantikan perkembangan terkini tentang hal ini adakah ianya hanya sekadar lakonan.


Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments