Ticker

6/recent/ticker-posts

Moratorium lesen memandu dan kenderaan tidak disambung, perlu diperbaharui bermula Oktober 2021

 


Tempoh moratorium bagi pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuk lesen vokasional (GDL/PSV) tidak disambung selepas 30 September ini.


Sehubungan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguat kuasa jabatan tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober ini.



“Orang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.


“Pemilik kenderaan yang LKM tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


JPJ berkata, orang ramai disaran membuat urus niaga secara dalam talian iaitu melalui portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my/public/login.zul) mahupun rakan strategik JPJ iaitu myEG.


“Sebarang urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian boleh dibuat di kaunter JPJ secara janji temu (online appointment/ call-in),” katanya.

Sumber : Utusan

Post a Comment

0 Comments