Ticker

6/recent/ticker-posts

Raffi Ahmad beri duit belanja RM58,000 setiap bulan kepada isteri

 


Pengacara dan pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad tanpa berselindung memberitahu bahawa dia memberikan duit belanja kepada isteri kesayangannya, Nagita Slavina berjumlah 200 juta rupiah (RM 58,000) setiap bulan.


Bahkan, menerusi pendedahan yang dilaporkan Liputan6, Raffi juga membenarkan isterinya yang kini sedang sarat hamil cahaya mata kedua untuk mengurus bayaran yang diterima daripada saluran YouTube miliknya, Rans Entertainment.


Saluran tersebut memiliki seramai 21.1 juta pelanggan.



“Saya beri duit belanja kepada Nagita sekitar 50 juta rupiah (RM14,675) serta tiga kad kredit yang setiap satunya ada 50 juta rupiah. Jadi keseluruhannya 200 juta rupiah.


“Isteri juga mengurus duit yang saya terima daripada saluran YouTube. Selalunya kalau saya hendak beli apa-apa, saya pakai duit sendiri,” kata Raffi.


Perkara tersebut didedahkan sendiri Raffi ketika meluangkan masa bersama rakan selebriti, Andrey Taulany menerusi video yang dimuat naik dalam YouTube miliknya.



Sekadar info, Raffi mengumumkan bahawa isterinya sedang hamil anak kedua selepas enam tahun menanti sekitar April lalu.


Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia enam tahun. 


Sumber -K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments