Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya hanya mahu jadikan sekolah persekitaran selamat, kata Ain Husniza

 


Pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam, 17, menegaskan bahawa kenyataan dikeluarkannya sebelum ini hanya mahu menjadikan sekolah sebagai persekitaran selamat.


Ain berkata, dia sama sekali tidak pernah berniat untuk menghina mana-mana pihak dalam kenyataannya itu.


"Ini adalah hak kami sebagai pelajar untuk mendapat persekitaran yang selamat di sekolah. Semasa keterangan saya dan bapa (Saiful Nizam Abdul Wahab) diambil, pihak poIis sangat profesional dan kami memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka (pihak poIis)," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Sungai Buloh, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.


Ain dan bapanya tiba di IPD Sungai Buloh kira-kira jam 5 petang tadi untuk memberi keterangan berkaitan laporan poIis yang dibuat guru berkenaan berhubung perkara itu, baru-baru ini.



Mereka yang ditemani peguam mereka, Datuk Sankara Nair masuk ke IPD Sungai Buloh kira-kira jam 5.30 petang tadi sebelum selesai memberi keterangan jam 6.15 petang.


Sementara itu, Ketua PoIis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki susulan kenyataan berbaur fiitnah serta mengaiibkan dirinya sebagai seorang guru pada 5 Mei lalu.


"Menerusi laporan dibuat lelaki terbabit, kenyataan itu dibuat oleh seorang pelajar perempuan di sekolah tempat pengadu bertugas semasa wawancara di media sosial sebuah akhbar tempatan pada 30 April lalu berkaitan isu guru pendidikan jasmani yang menyebut mengenai elemen rog0I ketika proses pembelajaran di dalam kelas.


"Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh memanggil pelajar berkenaan bersama bapanya untuk tujuan rakaman percakapan bagi membantu proses siasatan berkaitan aduan terhadap laporan polis dibuat pengadu terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.




Shafa'aton dipetik berkata, pihaknya menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.


Media 24 April lalu melaporkan seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rog0I dalam sesi pendidikan itu.


Ain mendakwa pada mulanya pelajaran berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran ganggguan sekksuaI serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi ganggguan terbabit.


Pelajar terbabit turut berdepan tindakan saman RM1 juta selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments