Ticker

6/recent/ticker-posts

Petisyen Ain Husniza dilancar terhadap kerajaan

 


Seorang individu tidak dikenali melancarkan petisyen terhadap kerajaan bagi membebaskan pelajar sekolah yang tular ekoran isu jenaka rogol, Ain Husniza Saiful Nizam, 17, daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948.


Petisyen itu dilancarkan menerusi laman web Change.org, yang membolehkan orang ramai memulakan kempen, menggerakkan sokongan dan bekerjasama dengan pembuat dasar untuk mencapai jalan penyelesaian berkenaan isu yang dibangkitkan.


Semakan Utusan Online mendapati, petisyen itu menyasarkan 150,000 tandatangan dan kini sudah ditandatangani oleh 114,511 pengguna.


Tandatangan berkenaan dijangka bertambah malah mungkin melebihi jumlah sebenar disasarkan.


“Pelajar Malaysia, Ain Husniza, yang pernah tular di media sosial kerana memanggil gurunya membuat jenaka lIucah di kelas, didakwa mendapat surat permintaan untuk pernyataan fitnah, menerusi ciapan yang disiarkan pada 4 Ogos 2021,” kata petisyen itu yang memaparkan nama pengguna sebagai ‘hs.’.



Semalam, Ain Husniza dalam ciapannya di Twitter memberitahu dia secara tiba-tiba menerima surat tuntutan atas kenyataan fitnah yang didakwa dilakukannya.



“Hi, hari ini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas pernyataan-pernyataan fiitnah. Dalam surat ini Ain diberi (masa) tujuh hari untuk semua tuntutan ini antaranya untuk membayar RM1 juta dalam ganti rugi.


“Saya hanya minta (agar) semua doakan urusan Ain dipermudahkan,” katanya beserta tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace.


Semalam, media tempatan melaporkan, Ain Husniza menerima surat tuntutan daripada seorang guru lelaki untuk membuat permohonan maaf serta pampasan bernilai RM1 juta. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan tindakan undang-undang akan diambil.


Kisah Ain Husniza sebelum ini menjadi perhatian selepas dia membuat dakwaan di media sosial pada April lalu bahawa salah seorang gurunya memberitahu pelajar lelaki di kelas bahawa jika mereka ingin merog0I seseorang, mereka patut menyasarkan orang berumur 18 tahun ke atas.


Sejak itu, dia mendapat sokongan ramai pihak namun pada masa sama berdepan dengan kriitikan serta ancaaman termasuk daripada rakan sekelasnya.


Sumber : – UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments