Ticker

6/recent/ticker-posts

Shuib tiada selera nak makan, masih terpanggil nama 'maid' bantu urus anak-anak

 


Pelawak Shuib mengakui mengalami banyak kejanggalan selepas kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia Isnin lalu. 


Bagaimanapun menurutnya, dia sangat bersyukur dengan pertolongan Allah yang memudahkan banyak perkara dalam hidupnya sekarang.


"Kalau nak disenaraikan kawan-kawan yang tawarkan hantar makanan, memang tak terkira antaranya Sharnaaz Ahmad dan Alif Satar.


"Sehinggakan mereka kata bagi isyarat saja nak makan, makanan akan sampai, terasa nak makan apa, makanan pasti sampai. 


"Namun, dah seminggu selera makan saya tiada sebab hidung belum berapa okay dan tak dapat cium bau," katanya selepas majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk arwah Siti Sarah yang berlangsung secara virtual, semalam. 




Shuib juga berkata, dia boleh menguruskan kehidupannya sekarang, namun apabila menyentuh berkenaan anak-anak itu yang jadikannya agak keliru.


"Bab anak-anak ini yang buat saya macam pelik sikit. Kadang-kadang mulut pun masih terpanggil nama pembantu rumah. 


"Tadi (semalam) tengah cari jubah dan baju anak-anak, saya terpanggil namanya sedangkan dia (pembantu rumah) dah meninggal dunia. Sebab, saya dah biasa bergantung dengan bantuannya sebelum ini.


"Bab anak-anak susah sikit, tapi saya ada juga berbual dengan Ajai. Katanya, dia pernah duda dan dia nasihatkan saya sediakan modul sendiri untuk anak-anak," katanya. 



Dalam masa sama, Shuib mengakui perubahan sikap anak-anaknya sekarang.


"Alhamdulillah, mereka ikut cakap. Sebelum ini saya penat jerit-jerit. Sekarang sekali cakap sahaja, semua akan ikut. Kalau tidak, nak suruh mandi pun berjam-jam.


"Sekarang, saya cakap pada mereka (anak) saya banyak benda nak fikir dan banyak benda nak buat. Jadi, tolong jangan bagi saya stress (tekanan). Alhamdulillah mereka bagi yang terbaik. 


"Berkenaan penjagaan mereka selepas ini, saya lega kerana adik ipar dan mentua tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah bab ini apabila saya kembali bekerja nanti," katanya yang akan menyediakan modul buat anak-anak secepat mungkin.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

0 Comments