Ticker

6/recent/ticker-posts

15 tahun jadi kekasih halal, Suhaimi Saad tetap angau dengan Ina Naim

 


Baru-baru ini bekas penyanyi nasyid terkenal, Suhaimi Saad ada membuat satu perkongsian di facebook memuji dan menghargai isterinya iaitu Ina Naim.


Wanita itu disifatkan Suhaimi seorang yang mempunyai begitu banyak kelebihan antaranya setia, penyabar dan cantik.


Menurut bekas ahli kumpulan nasyid terkenal itu lagi, isterinya itu tetap cantik walaupun sedang marah, mempunyai kesabaran tinggi dan seorang yang sangat setia.


Sudah 15 tahun berkahwin, Suhaimi berkata hubungan mereka suami isteri masih romantis di dalam dan luar rumah serta sentiasa solat berjemaah.


Perkongsian Suhaimi Saad itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal bahagia. Untungnya Ina dapat suami yang sentiasa menghargai dan memuji pasangan.

Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments