Ticker

6/recent/ticker-posts

Ruhainies mula tertekan asyik ditanya bila nak kahwin, minta netizen fokus pada kerjaya seni

 


PELAKON Ruhainies mengakui dia mula berasa tertekan apabila kerap menerima pertanyaan mengenai perkahwinan sejak akhir-akhir ini.


Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, dia cuba untuk tidak berkongsi mengenai kisah peribadi kerana bimbang peminat akan mula bosan.


"Sebenarnya soalan-soalan bila nak kahwin ini memberi tekanan juga pada saya. Bila orang dah tahu saya ada kekasih, mereka mula tanya fasal kahwin pula.



"Kalau boleh, saya memang tak nak berkongsi mengenai kisah peribadi pada umum. Sebelum ini pun, saya terpaksa beritahu ada kekasih sebab ada yang bertanya.


"Saya tak nak orang rimas disebabkan terlalu banyak cerita peribadi berbanding kerjaya seni saya," kata Ruhainies kepada mStar.


Ruhainies sebelum ini mendedahkan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr E sejak tahun lalu.



Dalam pada itu, Ruhainies berharap selepas ini peminat lebih fokus kepada perjalanan kariernya berbanding kehidupan peribadinya.


"Saya harap sangat selepas ini, semua orang boleh fokus pada perjalanan karier seni saya pula dan tak perlu lagi tanya fasal kahwin.

Sumber : mStar Online

Post a Comment

0 Comments