Ticker

6/recent/ticker-posts

Aiman Hakim kena tegur dek netizen kerana tidak peka aurat isteri

 


Sudah agak lama tidak mendengar gosip dari pasangan popular Aiman Hakim dan isterinya, Zahirah Macwilson. Pasangan ini telah berkahwin pada tahun lepas dan alhamdulillah sudah memperolehi seorang anak lelaki comel iaitu Isaac Raees yang kini berusia sembilan bulan.


Seperti selebriti lain, Aiman Hakim juga tidak ketinggalan memuat naik perkongsian aktivit dia bersama dengan peminatnya. Baru-baru ini Aiman ada memuat naik beberapa keping gambar bersama isteri serta anak mereka, Isaac Raees.


Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen kerana pakaian yang dipakai Zahirah menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.



Sebagai seorang suami, rata-rata peminatnya meminta Aiman untuk memadam foto tersebut bagi menutup aib isterinya.


Bahkan ada juga pengikutnya menyarankan supaya Aiman, 32, memadam gambar tersebut daripada menjadi tatapan orang ramai dalam media sosial.


“Aurat isteri tu nampak. Biarlah untuk tatapanmu sahaja,” ujar seorang pengikutnya dalam Instagram.


“Padam lebih baik sebelum menjadi tatapan ramai,” tegur seorang lagi pengikutnya.


“Suami jagalah aurat isterimu khas untuk tontonan dirimu sahaja. Suka ke orang lain tengok aurat isteri awak?” kata seorang netizen.



Sementara itu, ada juga yang menasihati pengguna lain supaya menjaga bahasa dalam memberi teguran dengan cara baik supaya tidak menjatuhkan air muka seseorang.


Sekadar info, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di GlamHall Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.


Pasangan itu kemudiannya dikurniakan cahaya mata sulung lelaki pada 5 Januari lalu yang dilahirkan di Australia. 


Sumber : Kosmo! ONLINE

Post a Comment

0 Comments