Ticker

6/recent/ticker-posts

Gambar Neelofa kerap pegang perut ketika Hadir di Mahkamah Seremban tarik perhatian netizen

 


Hari ini Neelofa dan suaminya dilihat hadir ke Mahkamah Seremban bagi prosiding sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).


Bagaimanapun kelibat Neelofa menarik perhatian ramai netizen kerana dilihat kerap memegang bahagian perutnya.



Gambar-gambar selebriti itu yang dirakam jurufoto Utusan Malaysia, Mohd. Shahjehan Maamin yang disiarkan Utusan Online turut dibanjiri netizen yang turut memberikan komen mengenai perkara tersebut.


Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada Nor Neelofa atas perkembangan terbaharu tersebut meskipun sehingga ini dia dan suami masih belum membuka mulut berhubung spekulasi berkenaan.



Terdahulu, Noor Neelofa yang berjubah kelabu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 8.40 pagi bagi sebutan semula kes pendakwaan atas pertuduhan gagal mematuhi SOP di sebuah kedai permaidani di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu.


Kes tersebut akan disebut semula pada 21 Oktober ini. 

Sumber :  UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments