Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan jejak ke Penang, Caprice dakwa terima lebih 60 ugutan bunuh

 


Penyanyi rap, Caprice mendedahkan sepanjang tempoh dua bulan kebelakangan ini, dia menerima lebih 60 uguutan bunuuh.


Pemilk nama lengkap, Ariz Ramli itu berkata, bermacam-macam uguutan telah diterimanya sejak namanya menjadi hangat atas beberapa isu.


“Saya minta maaf kalau saya terpaksa meluahkan perasaan seperti ini. Dalam masa dua bulan ini, saya terima lebih 60 uguutan buunuh.



“Nak jumpa depan pintu pagar, nak turun pejabat, mak ajak jumpa, nak uguut jangan sampai ke Pulau Pinang dan macam-macam lagi,” katanya yang turut mendedahkan beberapa akaun media sosial yang menyiarkan kandungan berbaur ‘ancaaman’ terhadapnya sebelum ini.


Kata Pelantun lagu Lenglui itu, disebabkan uguutan-uguutan yang diterimanya, dia telah diberikan pengawasan pihak keselamatan 24 jam sehari sejak kembali ke tanah air sekitar seminggu lalu.


“Dah tak menyeronokkkan apatah lagi kelakar. Kita boleh buat benda ini mengikut lunas undang-undang atau sesiapa yang terlibat, kita boleh adakan perlawanan kick boxing kebajikan antara pasukan saya dan pasukan anda.



“Selesaikan dengan undang-undang atau selesaikanya di gelanggang. Saya okey sahaja tapi tinggal uguutan dan mengharapkan saya, akan bisu. Saya bukan orang macam itu.


Terdahulu, Caprice banyak menerima direct messege berbaur uguutan dalam Instagram disebabkan rasa tidak senang dengan pendekatan yang digunakan aktivis kemanusian itu lebih dua bulan berada di Mesir dan Jordan. 


Sumber : Kosmo! Online

Post a Comment

0 Comments