Ticker

6/recent/ticker-posts

Jika Majoriti Perempuan Lain Suka Pergi Butik LV, Farahdhiya Seronok Pergi Pasar Tani

 



Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi dan pelakon Faradhiya berkongsikan jika perempuan lain suka ke butik mewah Louis Vuitton (LV) namun berbeza baginya yang gembira jika dapat pergi ke pasar tani.


Penyanyi berusia 37 tahun itu berkata jika dia ke pusat membeli belah, sukar untuk mendapatkan barangan basah seperti siput sedut dan bahan masakan lain. Farahdhiya turut berkongsikan siput sedut dan sayur kampung merupakan makanan kegemaran arwah bapanya.


“Bila perempuan lain gembira dapat pergi LV, saya seronok dapat pergi pasat tani. Dapatlah beli sayur kampung, siput sedut dan macam-macam lagi. Lauk fav arwah ayah saya ni. Asam rebus batang keladi & siput sedut,” tulisnya.


Perkongsian Farahdhiya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji lauk kampung yang dimasak olehnya. Malah, ramai mengatakan penyanyi itu mempunyai pakej lengkap kerana bukan sahaja cantik tetapi pandai memasak.




Sumber : ROTIKAYA

Post a Comment

0 Comments