Ticker

6/recent/ticker-posts

Sumpah Iaknat keluarga mangsa gangguan s*ksuaI tak laku di mahkamah, kata Peguam

 


Lafaz sumpah laknat oleh seseorang tidak diterima di mahkamah, kata peguam, Asiah Abd Jalil.


Asiah berkata, sesiapa sahaja boleh mengemukakan aktiviti sumpah laknat namun ia tidak mempunyai merit di sisi undang-undang sivil di mhkamah.


“Lebai Cina nak panggil mak bapak, abang adik, datuk nenek, pakcik makcik, jiran sekampung kepada “angsa ganggguan sekksuaI”, suruhlah dia orang angkat sumpah laknat dengan menyebut 99 nama Tuhan pun, rakamlah video sumpah laknat berdurasi 10 jam pun.


“Sumpah Iaknat tersebut tidak boleh diterima di mhkamah sebagai keterangan yang maha betul,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


‘Lebai Cina’ itu dipercayai merujuk kepada seorang pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung yang mendedahkan klip video sumpah Iaknat seorang individu menerusi saluran Telegram miliknya, semalam.



Firdaus semalam memuatnaik rakaman klip video berdurasi 46 saat memaparkan seorang lelaki tanpa mendedahkan nama yang mengakui dirinya merupakan abang kepada mngsa gangguan s*kksual yang didakwa membabitkan seorang pendakwah popular.


Terbaharu, sebuah lagi rakaman sumpah Iaknat tersebar di laman sosial.


Video sumpah laknat berdurasi 49 saat itu memaparkan seorang wanita bertudung bersumpah dengan nama Allah bahawa anak perempuannya telah diganggu penceramah terkenal terbabit.


“Bismillahirahmanirahim, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah dengan nama Allah bahawa anak saya mengalami kemurungan dan cuba membuun0h diri setelah (individu itu) melakukan perbuatan terkuutuk menerusi WhatsApp dan panggilan video terhadap anak saya.


“Jika saya berdusta, Ya Allah Iaknatilah saya,” kata wanita itu menerusi video berkenaan.



Minggu ini, tersebar video dan mesej tidak bermoral di laman sosial Telegram yang didakwa membabitkan seorang pendakwah terkenal.


Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan, pihaknya masih melakukan siasatan berhubung kes gangguan sekksuaI melibatkan seorang penceramah terkenal terbabit.


Malah satu kertas siasatan dibuka semalam untuk menyiasat individu bertanggungjawab menyebarkan video dan mesej tidak senon0h tersebut ke media sosial. – MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments